Follower

Sabtu, 30 Jun 2012

"MATA, TELINGA, OTAK, MULUT DAN HATI"


kita lahir dengan dua mata di depan wajah kita, kerana kita tidak boleh selalu melihat ke belakang.. Tapi pandanglah semua itu ke depan, pandanglah masa depan kita.

Kita dilahirkan dengan sepasang telinga di kiri dan di kanan, supaya kita dapat  semuanya dari dua sisi... Untuk berupaya mengumpulkan pujian dan kritikan dan memilih mana yang benar dan mana yang salah....

Kita lahir dengan otak di dalam tengkorak kepala kita... Sehingga tidak peduli semiskin mana pun kita, kita tetap kaya... Kerana tidak akan ada seorang pun yang dapat mencuri otak kita, fikiran kita dan idea kita... Dan apa yang anda fikirkan dalam otak anda adalah jauh lebih berharga daripada emas dan perhiasan...

Kita lahir dengan sepasang mata dan sepasang telinga tetapi kita hanya di beri satu mulut... kerana mulut adalah senjata yang sangat tajam, mulut  boleh menyakiti, kerana mulut boleh saling membunuh, kerana mulut boleh menggoda, dan banyak hal lain yang tidak menyenangkan... berkata-katalah dengan sesedikit yang mungkin tetapi lihat dan dengarlah sebanyak-banyaknya....

kita lahir dengan satu hati jauh dalam diri kita... mengingatkan kita pada penghargaan dan pemberian cinta yang diharapkan berasal dari hati kita yang paling dalam.. belajar mencintai dan menikmati betapa kita dicintai tetapi jangan pernah mengharapkan orang lain untuk mencintai kita seperti kita mencintai dia


BERILAH CINTA DENGAN TANPA MEMINTA BALASAN DAN KITA AKAN  MENEMUI CINTA YANG JAUH LEBIH INDAH 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...